Novel Harry Potter Bellatrix_Lestrange

Kehidupan awal dan keluarga

Bellatrix Black dilahirkan pada 1951 kepada Cygnus dan Druella (Rosier) Black. Dia dinyatakan sebagai perempuan tinggi dengan rambut hitam yang panjang, mulut nipis, bermata kuyu, berkulit pucat dengan mempunyai rupa elok yang diwarisi keluarga Black.

Bellatrix bersaudara melalui pertalian darah dan perkahwinan dengan banyak watak dalam novel: beliau mempunyai dua orang adik perempuan, Andromeda dan Narcissa. Andromeda mengahwini lelaki berkelahiran Muggle, Ted Tonks, dan disisihkan daripada keluarga Black; Narcissa mengahwini Lucius Malfoy, waris keluarga sihir yang kaya-raya. Beliau juga sepupu pertama Sirius dan Regulus Black, dan ibu saudara kepada Nymphadora Tonks dan Draco Malfoy. Bellatrix mengahwini Rodolphus Lestrange selpeas meninggalkan Hogwarts. Dikatakan yang beliau tidak memperolehi anak.

Di sekolah, Bellatrix bersama dengan sekumpulan pelajar - termasuklah Avery, Rodolphus dan Rabastan Lestrange, Evan Rosier, Severus Snape, dan Wilkes - yang hampir semuanya menjadi Death Eater. Dikatakan yang pada awalnya beliau tertarik dengan Lord Voldemort kerana kedua-duanya percaya akan ideologi darah tulen. Keanggunan dan elit yang dikongsi bersama keluarga Malfoy dan Lestrange, telah ditanam dalam diri Bellatrix sejak kecil. Moto keluarga Black, "toujours pur" (bahasa Perancis bagi "sentiasa tulen"), menggambarkan kepercayaan teguh mereka terhadap darah tulen.

Death Eater

Bellatrix dan suaminya amat aktif ketika Voldemort mula berkuasa dan berjaya mengelakkan diri dari disyaki dan ditangkap sehingga kejatuhan Raja Kuasa Jahat itu pada 31 Oktober 1981. Jika nak dibandingkan dengan Death Eater lain yang mengabaikan ketua mereka, Bellatrix, Rodolphus, Rabastan, dan Barty Crouch Jr. menyiksa dua Auror terkenal - Frank dan Alice Longbottom - dalam cubaan untuk mengetahui lokasi Voldemort. Disebabkan menggunakan Sumpahan yang Tidak Terampun iaitu Sumpahan Cruciatus hingga menyebabkan pasangan Longbottom tidak siuman, Bellatrix dan tiga yang lainnya dikenakan tahanan dalam Azkaban seumur hidup. Pada perbicaraan mereka, Bellatrix dengan bangganya mengatakan, "Raja Kuasa Jahat akan kembali, Crouch! Mencampak kita ke Azkaban; kita akan tunggu! Dia akan bangkit kembali dan datang kepada kami, dia akan memberi ganjaran kepada kami melebihi pengikutnya yang lain! Kita sahaja yang setia! Kita sahaja yang cuba mencarinya!!"[1] Selepas upacara kelahiran semula, Voldemort menyatakan yang adik-beradik Lestrange antara mereka yang paling setia.

Empat belas tahun kemudian, Bellatrix antara Death Eater yang memecah keluar dari Azkaban dan menyertai Voldemort pada Januari 1996. Setelah bertahun, rupanya yang cantik telah pudar dan rupanya dapat dilihat dalam The Daily Prophet.

Peperangan Kedua

Bellatrix turut terlibat, pada Jun 1996, ketika pertarungan di Jabatan Misteri, iaitu dalam cubaan sekumpulan Death Eater untuk mencuri ramalan Sybill Trelawney tentang kejatuhan Voldemort. Ketika misi tersebut, beliau menunjukkan kuasanya dengan mengalahkan dua orang Auror (Nymphadora Tonks dan Kingsley Shacklebolt) dalam pertarungan satu dengan satu, membunuh sepupunya Sirius dengan membuatkan Sirius jatuh melalui Tabir di Bilik Kematian, dan memantulkan satu daripada sihir Albus Dumbledore ketika beliau hendak melarikan diri. Bellatrix merupakan satu-satunya Death Eater yang berjaya mengelakkan diri dari tertangkap di Jabatan. Walau bagaimanapun, beliau dihalang oleh Dumbledore di Atrium Kementerian Sihir selepas bertarung dengan Harry Potter. Voldemort membelanya, dan membawanya keluar dari situ dengan Penjelmaan.

Mengikut kata Dumbledore tentang warisan pusakan keluarga Black, sepatutnya Bellatrix yang akan mewarisi harta pusaka sepupunya, Sirius (termasuk Number dua belas, Grimmauld Place) selepas kematiannya (menunjukkan yang Peraturan si pembunuh tidak berhak memiliki harta warisan tidak berlaku di dalam masyarakat sihir atau sekurang-kurangnya tidak dalam keluarga Black). Walau bagaimanapun, Sirius telahpun mewasiatkan semua hartanya kepada anak angkatnya, Harry Potter. Untuk memastikan yang Harry berhak ke atas harta Sirius (dan mengelakkan ibu pejabat Kumpulan Phoenix daripada jatuh ke tangan musuh), Kreacher telah di bawa menghadap Harry untuk melihat sama ada elf rumah tersebut akan mematuhi Harry atau tidak. Walaupun Kreacher tidak sukakan Harry dan lebih berminat kepada Bellatrix, sihir yang terikat dengan elf tersebut menunjukkan yang semua harta pusaka telah menjadi milik Harry.

Pada Julai 1996, Bellatrix cuba untuk memastikan Narcissa tidak mengadu tentang misi rahsia Draco kepada Severus Snape di Spinner's End. Beliau tidak mmepercayai Snape disebabkan banyak soalan yang ditimbulkannya kemudian tentang kesetiaan Snape terhadap Voldemort. Snape mengejutkan Bellatrix dengan memintanya menjadi pengikat antara dia dan Bellatrix dalam Sumpah yang tidak Terurai untuk membantu Draco.

Pada Julai 1997, Bellatrix cuba membunuh Nymphadora Tonks kerana Tonks telah berkahwin dengan Lupin, serigala jadian yang dianggap akan memalukan keluarga Black. Pada Julai 1998, dia berjaya membunuh Tonks dalam pertempuran Hogwarts. Walau bagaimanapun, dia dibunuh oleh Puan Weasley yang sedih dan geram atas kematian Fred Weasley.

Rujukan

WikiPedia: Bellatrix_Lestrange http://www.dailynews.com/entertainment/ci_3964105 http://www.mugglenet.com/infosection/characters/bi... http://www.scholastic.com/harrypotter/books/pronun... http://www.salishna.net/bellatrix/ http://www.hp-lexicon.org/wizards/bellatrix.html http://www.the-leaky-cauldron.org/index.php?articl... http://www.the-leaky-cauldron.org/pottercast/?mode... http://news.bbc.co.uk/cbbcnews/hi/newsid_4670000/n... http://news.bbc.co.uk/cbbcnews/hi/newsid_5010000/n... http://www.mirror.co.uk/news/tm_objectid=15806491&...